Sebagai selebriti ni, biasalah adakalanya terlepas pandang pasal bab pakaian ni. Mungkin mereka rasa baju itu okay dan tak ada masalah. Tapi biasalah kesilapan boleh berlaku tanpa disedari sehinggalah menerima teguran daripada peminat.

Jadi apabila penyanyi Nabila Razali memuat naik satu gambar dalam Instagram miliknya, ramai yang memberi komen ‘nakal’ dan memberikan nasihat buat penyanyi ini.

“Haa? Jerit kuat sikit please Bella tak dengar laa..,” tulis Nabila ringkas pada entri yang memaparkan gambar penyanyi Vroom Vroom ini memakai baju berwarna putih.

https://www.instagram.com/p/B0AYDt_FqN0/?igshid=1ipxq8ahrki80

Namun jika sekali imbas baju sebegitu boleh menimbulkan fitnah kerana seolah-olah memaparkan bentuk tubuh dan aset wanita.

Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohd Razali, 26, ketika dihubungi MHE TV berkata, dia tidak menganggap itu satu isu besar kerana dia masih tahu batas sebagai seorang Muslim.

Nabila menganggap gambar itu tidak salah untuk dimuat naik selagi tahu batasnya seorang Muslim

“Sebenarnya, ia bergantung pada persepsi seseorang tu. Kalau dia berfikiran kotor, kita muat naik gambar makanan pun dia akan fikir kotor juga.

“Macam sebelum ini, saya ada muat naik gambar perah susu lembu pun macam-macam orang komen. Sedangkan gambar tu saya hanya perah susu lembu ketika di Australia.

“Lagipun sebagai selebriti, saya tak boleh pakai baju yang sama saja. Kena bijak menggayakan outfit yang sesuai untuk sesuatu program,” ujar Nabila tidak melatah dengan komen-komen yang diberikan pada entri tersebut. – MHE TV

Iklan