Kisah kecurangan pelakon dan penyanyi Aliff Aziz terus mendapat perhatian. Ramai memberi respon dan rata-ratanya tidak bersetuju dengan tindakan Aliff yang main kayu tiga dan kasihan dengan nasib menimpa isterinya iaitu Bella Astillah.

Menerusi bebenang (thread) yang dikongsi oleh pereka fesyen Januar Haikal dalam laman Twitter miliknya, isu Aliff keluar dengan pelakon Oktovia Manrose bukanlah kali kedua dia berlaku curang seperti yang diketahui umum.

Januar turut memberitahu Bella pernah bertemu keluarga mentuanya di Singapura dan menyangkakan rumah tangga mereka telah kembali aman.

“Saya terkejut apabila Bella berkongsi kes dengan Octovia bukanlah yang kedua. Banyak kes sebenarnya.

“Bella ada juga kongsi kes dia kantoikan Aliff di karaoke. Aliff rampas telefon Bella dan padam semua gambar serta video yang menjadi bukti.

“Aliff dan perempuan itu gelakkan Bella dan dia cedera,” tulis Januar.

Januar turut memuji sifat Bella yang dianggap seorang wanita rajin, sopan, tidak sombong dan cantik.

Januar bekerjasama dengan Bella dalam satu program seminar yang berkongsi cerita tentang perjalanan hidupnya.

Januar turut mengecam tindakan Aliff memuat naik gambar dalam laman sosial tatkala kisah kecurangannya hangat diperkatakan, seolah-olah Aliff tidak ambil berat akan kes ini.

Di hujung status tersebut, Januar menggesa orang ramai supaya menekan butang ‘Report’ pada akaun Instagram milik Aliff. Tindakan sebegitu akan menyebabkan akaun Aliff disekat oleh pihak Instagram. – MHE TV

Iklan