Trending Tular Video

[VIDEO] Jejaka cium jururawat dalam gambar ‘The Kiss’ meninggal dunia

Individu yang juga bekas anggota tentera laut Amerika Syarikat (AS), George Mendonsa dalam gambar ikonik yang berlatar belakangkan bangunan Times Square dilaporkan meninggal dunia pada usia 95 tahun.

Gambar berjudul The Kiss yang dirakamkan sekitar tahun 1945 itu mendapat pengiktirafan sebagai salah satu gambar paling popular pada abad ke-20. 

Mendonsa meninggal dunia pada Ahad lalu akibat serangan jantung.

Ia dirakamkan oleh seorang jurugambar bernama Alfred Eisenstaedt. Gambar tersebut turut diterbitkan dalam penerbitan sulung majalah Life.  

Ia mengisahkan seorang tentera laut (Mendonsa) mencium seorang jururawat pergigian, Greta Friedman sewaktu meraikan hari berakhirnya kempen peperangan dunia kedua atau digelar sebagai V-J Day 1945.

Selain berlatar belakangkan bangunan Times Square, gambar itu turut memaparkan kegembiraan orang ramai selepas berita Jepun menyerah kalah kepada AS. 

Difahamkan, Mendonsa meninggal dunia pada Ahad lalu akibat serangan jantung. Berita kematian beliau didedahkan oleh anak perempuannya, Sharon Molleur kepada The Providence Journal.  

Bekas anggota tentera itu menghabiskan hayatnya bersama keluarganya di Middletown, Rhode Island, AS.

Sehingga hari ini, adegan cium itu menjadi ikutan oleh para pelancong tempatan dan luar AS yang merakamkan semula babak berlatar belakangkan bangunan Times Square bersama pasangan masing-masing.- MHE TV

Sumber: Skynews

Iklan
Ruang komen