Jenazah penyanyi terkenal era pop yeh yeh, Allahyarham Datuk A. Rahman Hassan yang meninggal dunia di Hospital Ampang, jam 12.40 pagi tadi akan di solatkan di Masjid Al- Ansar Taman Keramat, selepas solat Zohor.

Perkara itu disahkan isteri, Datin Fadilah Mansor.

“Jenazah suami akan dimandikan di hospital dan akan dibawa pulang ke rumah. Selepas zohor jenazah akan di solatkan di Masjid Al-Ansar Taman Keramat sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Keramat,” jelasnya.

Tanah perkuburan tersebut turut menempatkan jenazah isteri pertamanya, Allahyarham Datin Azizah Mohamad yang meninggal dunia pada 26 April 2013. – MHE TV

Iklan