Pengacara popular, Jihan Muse hari ini selamat menjalani satu pembedahan kecil di Hospital Pakar Avisena, Shah Alam. 

Perkara itu dikongsi menerusi satu entri di Instagram miliknya namun belum mengesahkan penyakit sebenar yang dihadapinya. 

“Alhamdulillah selesai sudah minor operation. Apa ke nama entah penyakit tu nanti saya tengok balik surat dan akan update nanti.

“Terima kasih Dr. Sarinah dan team @avisenaspecialisthospital yang hebat dan baik-baik belaka,” tulisnya. 

Dalam pada itu, Jihan turut menafikan yang dia sedang mengandung. 

“Yang DM ucap tahniah tu, tak…saya bukan mengandung adik ninja,” jelasnya lagi. 

Susulan pembedahan yang dijalani, Jihan akan bercuti dari semua urusan kerja buat sementara waktu. 

Isteri kepada pelakon Ungku Hariz itu juga sempat berpesan kepada pengikut Instagramnya supaya sentiasa utamakan kesihatan kerana ia adalah perkara yang tidak ternilai. – MHE TV 

Iklan