Bekas pembantu peribadi (PA) kepada novelis terkenal, JK Rowling iaitu Amanda Donaldson telah diperintahkan membayar balik hampir £19,000 (kira-kira RM101,685) selepas didakwa menyalahgunakan wang tersebut untuk kegunaan peribadi.

Wanita berkenaan dituduh menggunakan kad kredit perniagaan dan wang milik penulis novel Harry Porter itu tanpa persetujuannya selama lebih dari tiga tahun.

Dia menggunakan wang tersebut dengan membeli barangan berjenama seperti peralatan mandian dari Molton Brown, mesin espresso Dualit dari John Lewis, membeli kek dari dua kedai kek mewah, alat tulis dari Paper Tiger serta melakukan sebanyak 120 transaksi di Starbucks dan Costa.

Donaldon bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan menyatakan pengeluaran wang itu atas persetujuan JK Rowling. Namun Sheriff Derek O’Carroll menetapkan hukuman bahawa wanita itu melakukannya tanpa persetujuan.

Bekas pembantu peribadi JK Rowling, Amanda Donaldson didakwa telah menyalahgunakan wang majikannya selama tiga tahun.

Terdahulu Donaldson bekerja untuk J.K Rowling bermula pada Februari 2014 sehingga April 2017. Dia dipecat atas alasan ‘kesalahan kotor’.

“Saya mengesahkan bahwa J.K Rowling telah mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas pembantu peribadinya, Amanda Donaldson.

“Selepas dia dipecat atas kesalahan berat yang melibatkan soal kepercayaan,” kata wakil penulis berkenaan. – MHE TV

Iklan