Hiburan Video

Job makin sendu lepas program GV – Shima

Harapkan ‘job’ masuk menderu-deru, tetapi malang pula yang tiba.

Menyertai program televisyen Gegar Vaganza musim pertama (GV1) pada tahun 2014 diharap dapat mengemilangkan semula kerjaya seninya, namun itu hanyalah omong-omong kosong bagi penyanyi Shima.

Penyanyi Teringin dan Setelah Aku Kau Miliki ini mendedahkan perjalanan kerjaya semakin ‘sendu’ selepas tamat program tersebut.

Malah, Shima sendiri merasa pelik kerana langkahnya bagaikan langsung tidak menjadi.
Sebab itu, Shima sanggup meniaga warung bagi menjamin sumber pendatannya hari ini.

MHE TV bertemu Shima yang kini memulakan perniagaan kecil-kecilan menjual nasi campur di hadapan rumahnya di Pangsapuri Lestari, Damansara Damai.

Shima juga berkongsi kisah bahagia selepas kembali mendirikan rumah tangga dua tahun lalu.

“Saya pun pelik juga sebab selepas program itu, masih juga kurang tawaran show. Tak tahu kenapa. Kalau difikirkan saya memang kecewa, seolah-olah rezeki tertutup,” katanya.

Sabarlah Shima. Insya- Allah, berkat meniaga makanan ini nanti, mana tau rezeki tak putus-putus pula. – MHE TV

Iklan
Ruang komen