Calon nombor satu Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) dikelilingi lebih 250,000 penyokongnya semasa kempen terakhir beliau yang berlangsung di Stadium Bung Karno, Jakarta, Indonesia, tengah hari tadi.

Bagaikan lautan manusia, para penyokong kesemuanya berkumpul mengenakan pakaian berwarna putih sebagai tanda sokongan Jokowi dan Ma’aruf Amin.

Pada 17 April nanti, rakyat Indonesia bakal memilih calon Presiden baru pada Pemilihan Presiden (Pilpres) 2019.- MHE TV

Sumber gambar: Twitter Joko Widodo

Iklan