Trending Video

[Video] Jom tengok SUV pertama Proton yang gempak

Kenderaan pertama pelbagai guna (SUV) Proton, Proton X70 dilancarkan secara rasmi Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Rabu.

Proton X70 merupakan hasil kerjasama antara Proton dengan Syarikat Geely.

Tun M dalam ucapannya turut mengucap tahniah dan memuji inovasi terbaharu Proton dengan kerjasama Syarikat Geely itu yang bakal menyaksikan Proton akan terus berkembang dengan baik.

“Sejak Proton menjalankan kerjasama dengan Geely ia menyaksikan Proton berkembang dengan baik,” katanya ketika berucap merasmikan Proton X70 di ibu negara.

SUV X70 ini dijual pada harga bermula daripada RM99,800 hingga RM123,800. – MHE TV.

Iklan
Ruang komen