Kepada penyokong bola sepak yang berniat untuk membeli tiket dan terbang ke Hanoi bagi menyokong pasukan negara beraksi di sana, boleh hentikan angan-angan tersebut.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) melalui Facebook rasminya telah membuat pengumuman, pembelian tiket final kedua Piala AFF Suzuki telah ditutup tengah malam tadi.

Katanya, sebarang pembelian yang dibuat selepas tempoh berkenaan tidak akan diproses dan disahkan.

Ini kerana Persekutuan Bola Sepak Vietnam (VFF) hanya memperuntukkan sebanyak 3,000 keping tiket kepada penyokong Malaysia.

Dalam pada itu, FAM turut mengucapkan terima kasih pada penyokong yang telah membeli tiket untuk menyaksikan perlawanan yang akan berlangsung di Stadium My Dinh, Hanoi pada Sabtu ini.

Kepada yang tak dapat tu, kita layan dekat mamak je lah. Tak pun tengok dengan anak bini dekat rumah. Syokkk jugak. – MHE TV.

Iklan