Pelakon Che Puan Juliana Evans yang baru melahirkan anak sulungnya semalam, telah memberikan nama yang cukup indah buat puterinya.

Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah menjadi nama pilihan buat cahaya matanya itu.

Nama puteri Juliana itu dikongsi oleh abang ipar Juliana, Tengku Salehuddin Ismail Shah menerusi laman Instagramnya.

Tengku Salehuddin bersama anak saudaranya, Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah

Juliana turut berkongsi wajah puterinya menerusi Insta Story dalam Instagram miliknya

“Alhamdulillah, this my daughter Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah binti Tengku Sharifuddin shah. Congratulations @tengku_adeq and @julianaevans #mily,” tulis Tengku Salehuddin.

Juliana mendirikan rumah tangga bersama Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah Al-Hajj pada April 2017.

Hasil perkahwinan itu, Juliana dikurniakan anak perempuan pada 13 Julai 2019. – MHE TV

Iklan