Pelakon Jung Hae In mempunyai cara tersendiri untuk menghargai jasa pengurusnya atas kesetiaan bersamanya sejak dari awal dia terbabit dalam dunia lakonan.

Baru-baru ini, pemuda berusia 31 tahun itu membelikan sebuah kereta import jenama V dan dihadiahkan kepada pengurusnya.

“Bukan lah sesuatu yang luar biasa jika seseorang artis itu membelikan kereta untuk pengurusnya.

“Bukan senang untuk seseorang artis itu kekal lama dengan pengurus. Dan disebabkan itu Jung Hae In membelikan pengurusnya sebuah kereta sebagai tanda dia menghargai jasa dan kesetiaan pembantunya itu,” kata agensi FNC Entertainment.

Sejak mula menceburi dunia lakonan, Jung Hae In bernaung di bawah agensi tersebut dan dari hari pertama lagi dia setia ditemani pengurusnya.

Pelakon ini tampil kalo pertama menerusi drama Bride of the Century yang ditayangkan pada tahun 2014.

Sebelum ini, artis seperti Jung In Sung dan Park Hae Jin juga pernah menjadi bualan apabila mereka membeli kereta mewah dan menghadiahkan kepada pengurus masing-masing.

Sementara itu, Jung Hae In kini menantikan tayangan filem terbaharunya, Tune In For Love yang akan ditayangkan di pawagam mulai 28 Ogos ini.

Dia juga bakal sibuk dengan penggambaran drama terbitan tvN bertajuk Half of Half. – MHE TV

Iklan