Selepas beberapa hari kucing miliknya hilang, pelakon Rita Rudaini membuat laporan polis terhadap individu yang dikatakan bertanggungjawab atas kejadian tersebut.

Menerusi laporan yang dibuat Rita, dia tidak mempercayai kucing yang diberi nama Pekan itu hilang secara sengaja.

“Langkah demi langkah akan saya buat. Kes ini sudah menjadi kes polis.

“Saya akan buat apa sahaja. Mungkin boleh membantu orang lain juga yang ada masalah seperti saya. Saya akan heret orang itu jika didapati bersalah.

“Saya akan cari keadilan untuk kucing-kucing lain jika betul ada sindiket.

“Saya tidak boleh terima pembohongan. Bagi saya penipuan sudah membunuh semua kebaikan. Orang yang menipu sekali adakah boleh dipercayai lagi?

“Saya cuma akan ambil tindakan kepada yang memberi (kucing) sahaja. Tetapi jika bersubahat, saya akan heret sekali,” tulis Rita dalam laman Instagram miliknya.

Beberapa hari lalu, Rita meminjamkan Pekan kepada pihak yang didakwa dengan tujuan untuk mengawankan kucing individu tersebut. Namun individu tersebut memberitahu Pekan telah lari dari sangkar yang disediakan.

Kucing milik Rita yang hilang.

Rita turut berkongsi video sangkar Pekan yang kononnya dikopek sendiri oleh kucing berkenaan. Tipu helah dan keraguan individu tersebut membuatkan Rita tidak berpuas hari dan bertindak membuat laporan polis. – MHE TV

Iklan