Seramai 400 graduan College, Atlanta terpinga-pinda dan melihat antara satu sama lain sebaik sahaja mendengar pengumuman penting daripada lelaki ke-163 paling kaya di Amerika Syarikat (AS), Robert F Smith.

Kesemua mereka bagaikan tidak percaya apabila Smith berjanji untuk melunaskan pinjaman pendidikan kira-kira AS$40 juta (RM167 juta) yang ditanggung kesemua pelajar itu.

Selain pinjaman, bekas jurutera kimia dan pegawai bank pelaburan itu turut menyatakan kesudian untuk memberikan sumbangan sebanyak AS$1.5 juta (RM6.2 juta) kepada institusi pendidikan tersebut.

Beliau yang merupakan pengasas,Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif firma ekuiti swasta, Vista Equity Partners dianggarkan memiliki kekayaan mencecah AS$5 bilion (RM20.8 bilion) dan meletakkan beliau pada kedudukan 480 dalam senarai jutawan dunia bagi tahun 2018, dedah majalah Forbes.

Majalah itu turut menamakan Smith sebagai salah seorang daripada 100 usahawan terhebat dunia pada tahun 2017.-MHE TV

Iklan