Pagi tadi perkhidmatan MRT laluan antara stesen Pusat Bandar Damansara dengan Phileo Damansara tergendala apabila seorang lelaki menceroboh masuk ke landasan pengangkutan awam itu.

Menerusi kenyataan Rapid KL, lelaki tersebut dipercayai mahu mencuri kabel.

“Hasil tindakan pantas pasukan operasi dan polis bantuan kami, penceroboh yang disyaki cuba mencuri kabel telah berjaya ditahan.

“Perkhidmatan tren disambung seperti biasa. Maaf atas kesulitan,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan di laman Facebook rasminya hari ini. – MHE TV

Iklan