Belum setahun berkahwin, pasangan Miley Cyrus dan Liam Hemsworth memilih jalan untuk berpisah.

Berita tersebut dikongsi sendiri oleh rakan baik mereka seperti yang dipetik dari E Online.

“Miley dan Liam bersetuju untuk berpisah.

“Ini adalah yang terbaik buat mereka untuk memberi fokus pada diri sendiri dan kerjaya.

“Semoga anda semua menghormati privasi mereka,” ujar sumber tersebut.

Pasangan ini berkahwin pada Disember tahun lalu.

Mereka pertama kali bertemu ketika berlakon sama dalam filem The Last Song pada 2009.- MHE TV

Iklan