Penyanyi yang popular menerusi lagu Januari, Glenn Fredly selamat melangsungkan perkahwinan dengan Mutia Ayu, dalam sebuah majlis tertutup pada 19 Ogos lalu.

Adik kepada Glenn, iaitu Moses mengesahkan acara pernikahan dan resepsi abang dan kakak iparnya yang berlangsung di Jakarta, Indonesia berjalan lancar.

Dia juga memohon maaf kepada sekumpulan wakil media yang dilarang masuk ke majlis resepsi atas permintaan Glenn.

“Mohon maaf kepada teman-teman media kerana tidak dibenarkan masuk.

“Keluarga sangat berterima kasih kepada kalian kerana sanggup menunggu.

Glenn Fredly bersama isterinya Mutia Ayu diraikan keluarga dan teman rapat dalam satu majlis resepsi yang berlangsung di Jakarta, semalam

“Kami mengadakan majlis ini secara privasi atas permintaan pasangan pengantin. Di harapkan kalian terus mendoakan kebahagian untuk mereka,” kata Moses seperti yang dilaporkan media di Indonesia.

Sementara itu, majlis resepsi Glenn Fredly, 43, dan Mutia Ayu turut dimeriahkan dengan kehadiran rakan selebriti seperti Tompi dan Saykoji.

Majlis berlangsung dengan pengawalan ketat oleh sekumpulan pengawal peribadi.

Ini adalah pernikahan kedua bagi Glenn Fredly. Terdahulu, dia pernah mendirikan rumah tangga Dewi Sandra. Perkahwinan itu bertahan selama tiga tahun sebelum bercerai pada 2009. – MHE TV

Iklan