Usahawan dan pengasas FashionValet, Vivy Yusof menepis dakwaan status sebagai anak orang berada memudahkan dirinya membina empayar perniagaan FashionValet.

Ujar Vivy, segala kata-kata negatif tersebut tidak diambil peduli kerana mereka tidak mengetahui kepayahan di sebalik usaha yang dilakukan.

“Kalau orang senang sekalipun, jika diberi RM1 juta tapi tak bekerja keras, tak guna juga.

“Orang tak perlu tahu bagaimana saya bekerja keras untuk membangunkan empayar perniagaan ini, tetapi orang akan nampak hasilnya.

“Jadi, pada saya, jaga urusan masing-masing dan biarlah hasil kejayaan yang menjawab segalanya,” jelas Vivy.

Ikuti penjelasan lanjut Vivy di dalam video mengenai bagaimana beliau mengimbangi masa sebagai ahli perniagaan dan ibu.

Malah Vivy turut berkongsi tip mengambil gambar OOTD yang paling cantik. -MHE TV

Iklan