Seorang pemandu menasihatkan orang ramai khususnya para perantau yang hendak pulang berhari raya agar berhati-hati semasa berhenti di hentian Rehat dan Rawat (R&R).

Menerusi status dimuat naik dalam Facebook miliknya, Tarmizi Sulaiman berkongsi detik-detik cemas ketika berhenti di sebuah R&R pada 31 Mei lalu.

“Peringatan untuk para perantau semasa berhenti di R&R.

“31 Mei memang akan jadi kenangan pahit,” tulisnya.

Jelasnya, sedikit tersilap dia mungkin akan kehilangan adik buat selama-lamanya.

“Kalau tersilap langkah and lambat keluar dari tandas tadi aku mungkin akan kehilangan adik aku buat selamanya, diambil orang kerana cubaan buka kereta aku oleh dua orang warga India di RNR Temerloh.

“Ceritanya pada awal sampai aku diperhatikan oleh segerombolan manusia iaitu terdiri dari Melayu dan India.

“Tetiba masa nak makan mereka mengambil tempat meja sebelah aku, dorang pandang aku cubaan untuk pukau tapi gagal.

“Dan masa nak ke parking mereka tunggu di parking. Syak wasangka memang tak la, sebab bulan puasa ingat orang semua baik baik, tapi!

“Cubaan pukau gagal, lalu mereka cuba menggunakan kekerasan cubaan membuka pintu kereta semasa adik bongsu sendirian di dalam kereta, nasib baik sebelum aku ke tandas aku berpesan pada adik bongsu.

“Adik ‘lock pintu’ dan masa dalam tandas adik call aku berkali kali, kali ketiga baru aku angkat dia cakap emergency. Terus aku bergegas keluar.

Akhirnya dua lelaki India itu melarikan diri. -MHE TV

Iklan