Kemelut rumah tangga pelakon Sharnaaz Ahmad dan isterinya, Noor Nabila Mohd Noor yang melanda sebelum ini, menjadi topik hangat di kalangan netizen.

Namun apabila Sharnaaz memuat naik gambar bersama Nabila dan Jebat sewaktu di Perak, nyata menggembirakan ramai peminat.

Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 34, memberitahu rumah tangganya dengan Nabila kini dalam proses pemulihan.

“Saya lebih mengutamakan Jebat Ayden yang sekarang ni terkena jangkitan saluran kencing sejak beberapa bulan lalu.

“Lagipun saya tak pernah cakap rumah tangga kami bermasalah. Apa yang saya boleh beritahu pada ketika, hubungan saya dan Nabila dalam proses pemulihan.

“Namun buat masa sekarang, keutamaan saya adalah Jebat. Kesihatan dia harus diambil berat.

“Mungkin dengan apa yang berlaku sekarang ini, ada hikmah yang Allah telah susun untuk kami.

“Saya reda dan terima apa sahaja ketentuan Allah dan anggap kemungkinan keadaan Jebat yang kini sakit merupakan pengikat hubungan saya dengan Nabila,” jelas Sharnaaz kepada MHE TV.

Sharnaaz ditemui ketika Iftar Ramadan dan Sumbangan Duit Raya Megapine Sdn Bhd bersama anak yatim di Hotel Zenith, Putrajaya.

Khabar angin mengenai keretakan rumah tangga pelakon Sharnaaz Ahmad dan isteri, Noor Nabila Mohd Noor mula diperkatakan sejak Februari lalu.

Sharnaaz dan Nabila, 35, berkahwin pada 31 Mac 2017 dan pasangan itu dikurniakan cahaya mata lelaki pada 30 Ogos tahun lalu.- MHE TV

Iklan