Kredit foto: @blackpepperproduction

MENJELANG berlangsungnya pentas berprestij Anugerah Juara Lagu ke-33 (AJL 33) pada 3 Februari ini, Siti Nordiana atau Nana akui penantian 18 tahun menceburi bidang seni berbaloi.

Tidak meletak harapan terlalu tinggi, Nana bakal berduet dengan Jaclyn Victor menyanyikan lagu Nisan Cinta dan berharap dapat menampilkan persembahan istimewa demi peminat mereka.

Saksikan temu bual bersama Nana untuk mengetahui sejauh mana persediaan yang mereka lakukan sebelum beraksi di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil. – MHE TV

Iklan