Trending Tular Video

“Kau jangan cari pasal dengan mak!”

Kata orang, gerak hati seorang mak memang tepat dan betul. Sebab itu sama ada anak lelaki atau perempuan, jangan cari pasal dengan mak.

Dan menerusi video ini, terbuktilah mak memang seorang insan yang istimewa.

Di dalam video yang dipercayai dirakam di Mexico ini, seorang wanita dilihat mengejar anak perempuannya yang cuba lari dari rumah keluarga.

Namun apa yang melucukan, balingan selipar wanita tersebut tepat mengena kepala anak perempuannya sampai tersadung!

Fuhh, memang hebat kuasa balingan mak!

Video yang dimuat naik oleh pemilik akaun Twitter @nino_triqui ini telah mendapat 1.3 juta tontontan dan 27 ribu ulang kicau (retweets) serta 61 ribu tanda suka (likes). –MHE TV

Ruang komen