Penyanyi Baby Shima kecewa apabila dimalukan oleh usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri secara sengaja di hadapan orang ramai.

Menurut Baby Shima, dia bengang apabila dihalau daripada masuk ke sesi sidang akhbar pelancaran lagu Cowok Baru nyanyian Aliff sebentar tadi di Jakarta, Indonesia sedangkan dirinya dijemput secara rasmi.

Apa yang penting siap ada kad jemputan khas lagi, tetapi Aliff tidak membenarkan Shima masuk. Apa motif Aliff?

Dalam insiden itu, Shima yang popular dengan lagu Pura-Pura Bujang ini berasa sebak apabila Aliff melayannya seperti sampah.

“Aku datang secara baik, kau layan aku seperti sampah! Tak cukup ke kau hina aku. Kau ingat kau kaya, boleh buat sesuka hati ke?” marah Shima kerana bengang diperlakukan seperti sampah.

“Terima kasih Datuk malukan Shima pada sidang media tadi. Pihak Datuk undang Shima, Shima tak nak buruk sangka jadi Shima datang atas saranan pihak pengurusan Shima.

“Tetapi Shima tidak sangka pihak Datuk malukan Shima. Buat apa ada kad undangan kalau tak boleh masuk? Apa tujuan Datuk sebenarnya?

“Ikutkan Shima pun tak nak datang, tetapi disebabkan Shima tengok Datuk sudi bagi kad jemputan, jadi Shima tak nak buruk sangka dan dalam pemikiran Shima mungkin Datuk ingin berdamai.

“Tetapi di sebalik itu, Allah saja yang tahu betapa malunya Shima tadi,” luah kecewa Shima menerusi entri instagram miliknya.

Baby Shima

Sementara itu, tindakan Aliff Syukri yang menghalau Shima mendapat simpati daripada ramai peminat termasuk selebriti terkenal Indonesia iaitu Upiak Isil.

“Shima sabar sajalah. Shima tahu tak kenapa Upiak tak ikut promosi lagu itu sekalipun sebab salah satu dalam lagu itu, sudah menghina Upiak juga.

“Upiak sedih fizikal diri dihina untuk naikkan lagu itu supaya trending,” tulis Upiak di ruangan komen instagram Shima.

Semoga Baby Shima tabah hadapi dugaan ini. Diharapkan pergaduhan ini dapat diselesaikan secara baik kerana berdamai kan itu lebih baik. -MHE TV

Iklan