Pelakon Nabila Huda secara terbuka mendedahkan dalam laman Instagram bahawa ibu tiriya menjadi punca hubungan dia dan bapanya, Amy Search semakin jauh.

“Patutnya kau tak payah kongsi perkara begini. Kau tak pernah berubah. Sampai mati tidak akan berubah.

“Tidak perlu play victim. Kau tahu, kau punca aku berjauhan dengan bapa aku. Sikit pun kau rasa tidak bersalah.

“Kenapa kau rasa insecure dengan aku? Jangan risau, aku tak rampas rockstar itu. Darah dia dalam badan aku sampai akhirat pun masih ada lagi,” tulis Nabila yang turut meletakkan nama entri tersebut.

Tambah Nabila dalam entri panjang lebar itu, dia turut membidas tingkah laku ibu tirinya itu yang suka membuat pelbagai drama sebaik sahaja berlaku pertelingkahan antara mereka.

“Pastu kang mula la drama, Nak cerai lah, nak bawak anak lari la. Buat bapak aku sedih lagi..kang bapak aku bertambah marah sebabkan aku, korang gaduh. Drama ulang-ulang sampai lah abang jamil mampos!

“Aduh, begini lah drama dalam hidup saya kawan-kawan.. padahal mulanya nak post benda sweet je untuk bapak sendiri. Hari lain pun saya boleh je post cuma semalam saya rasa nak post nak buat macamana!

“Saya betul ikhlas dengan luahan saya towards him. It just luahan seorang anak pada ayahnya. Salah ke benda tu sampai dia melibatkan agama?,” katanya.

Entri Norhaliza Hassan yang telah dikemas kini selepas Nabila Huda mengecam entri sebelumnya yang mengatakan Amy Search tidak menyambut Hari Bapa.

Nabila sebelum itu berkongsi meluahkan rasa dalam satu ucapan panjang untuk Amy sempena sambutan hari bapa.

Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman berkahwin dengan Norhaliza Hassan pada 2003. Sementara itu Nabila Huda merupakan anak hasil perkahwin pertama Amy dengan Faridah Fadzil. – MHE TV

Iklan