Bintang komedi popular, Datuk Afdlin Shauki, 48, menerusi laman Instagram miliknya memaklumkan bahawa adiknya, Jefri Adzman Aksan telah ditimpa kemalangan semalam dan bakal menjalani pembedahan pada pukul 6.30 petang ini.

Menurut Afdlin, pembedahan yang akan dijalani Jefri membabitkan bahagian otaknya akibat pendarahan teruk dialaminya impak kemalangan tersebut.

“Ya Allah, Kau selamatkanlah adikku, Jefri Adzman bin Aksan yang ditimpa kemalangan dan akan menjalani pembedahan pada petang ini untuk menghentikan pendarahan di otaknya.

“Dia adalah adik terbaik yang pernah dimiliki. Tolong selamatkan insan baik ini dan dipulihkan seperti sediakala,” ujar Afdlin memetik kapsyen tulisannya.

Teraju utama filem Soal Hati itu turut memohon doa semua pihak demi kelancaran proses pembedahan tersebut, sekali gus menyembuhkan Jefri seadanya. – MHE TV

Iklan