Bergelar bintang popular semestinya akan menjadi perhatian ramai. Apa lagi pada zaman sosial media kini, segala pergerakan pasti menjadi tular dalam sekelip mata.

Pelakon Hollywood, Keanu Reeves bagaimanapun tidak sedar dirinya merupakan seorang yang popular dan menjadi bualan ramai.

“Perkara ini sesuatu yang melucukan. Ia sesuatu yang bagus,” ulas Reeves ringkas dalam satu temubual di acara karpet merah tayangan perdana filem Toy Story 4.

Baru-baru ini nama Reeves menjadi bualan ramai apabila ada peminat yang memuat naik gambarnya bersama beberapa wanita lain.

Namun dalam semua gambar tersebut, bintang John Wick ini langsung tidak menyentuh wanita berkenaan meskipun kedudukan diri mereka agak rapat.

Ramai memuji sikap Reeves yang dianggap tahu menghormati wanita lain. Banyak gambar Reeves bersama wanita lain menjadi bukti sikap terpuji aktor tersebut.

Malah dalam masa yang sama, disebabkan entri tersebut, pemilik Twitter bernama Kemoy Lindsay menjadi popular. – MHE TV

Iklan