Hiburan Trending Video

Kecil-kecil dah femes!

Mungkin mereka masih kecil dan tidak faham dengan apa yang berlaku di sekeliling. Tetapi populariti yang dikecapi ibu bapa mereka, terkena tempiasnya sehinggakan peminat mengikuti perkembangan si kecil ini di laman sosial.

Lara Alana (3.4juta pengikut)

Anak kepada pasangan popular Awal Shaari dan Scha Al-Yahya ini memang pandai bergaya. Hebat berposing macam ibu bapanya. Baru berusia 4 tahun, Lara semakin aktif dan bijak berbicara di hadapan kamera.

Yusuf Iskandar (2.5juta pengikut)

Dilahirkan pada 3 Jun 2016, gelagat anak pertama Hairul Azreen dan Hanis Zalikha ini bersama kucing Bujibu Chempel ringkali mencuit hati peminat. Yusuf bakal menjadi abang apabila Hanis mengumumkan mengandung anak kedua.

Aaisyah Dhia Rana (1.5juta pengikut)

Anak perempuan tunggal Rozita Che Wan dan Zain Saidin dikagumi kerana memiliki kulit yang putih melepak. Paling melucukan, peminat ada mengatakan suka melihat gambar dan video Aaisyah kerana kepetahan Aaisyah bercakap loghat utara seperti ibunya.

Syeriv Samheizy (861k pengikut)

Alahai, comel sungguh tau anak pelakon Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin ni. Suka sengih dan gelak! Keletah Mat Yip yang dirakam Syatilla memang buat peminat pecah perut tengok.

Arif Jiwa Asyraf (672k)

Memang cair tengok gambar-gambar abang long Arif ni. Suka sengih memanjang dan caption-caption yang ditulis di laman instagramnya memang menyejukkan hati. Beruntung Asyraf dan Tya Arifin ada anak macam Arif.

Aqeef Anaqi (519k pengikut)

Keletah anak lelaki Amar Baharin dan Aamyra Rosli memang sentiasa menghiburkan. Baru berusia setahun, video Aqeef gelak memang ditunggu-tunggu peminat. Comel sangat!

Arrian Shah Akid

Bijak bertutur dalam bahasa Inggeris anak sulung kepada penyanyi Tomok ini, sangat dikagumi peminat. Sehinggakan ramai yang bertanyakan bagaimana Tomok dan isteri mendidik Arrian. – MHE TV

Ruang komen