Semalam gempar berita kemunculan Transformers dalam satu kebakaran berhampiran Jalan Tunku Abdul Rahman, Sibu Sarawak.

Berita kehadiran robot ini tular dalam media sosial selepas ianya dikongsi orang ramai.

Kehadiran ‘Transformers’ ini menarik perhatian orang ramai.

Bagaimanapun, kehadiran robot berkenaan bukan benar-benar berlaku sebaliknya objek seperti robot tersebut adalah sisa longgokan sampah yang terbakar di sebuah tapak kitar semula.

Ketika operasi pemadaman dijalankan pihak bomba, sisa longgokan setinggi bangunan dua tingkat yang terbakar itu terbentuk seolah-olah robot gergasi sehingga menarik perhatian orang ramai untuk merakamnya.

Pihak bomba mengambil masa satu jam memadamkan kebakaran.

Sementara itu, Pemangku Ketua Zon 4 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Wan Kamarudin Wan Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran di tapak kitar semula itu pada 3.25 petang.

Pihaknya mengambil masa hampir sejam untuk mengawal dan memadam kebakaran.- MHE TV

Iklan