Belum pun reda kontroversi ekoran didakwa melakukan gangguan seksual terhadap dua wanita, timbul pula satu lagi isu panas melibatkan Kang Ji Hwan.

Semalam kecoh dalam media sosial selepas foto lelaki mirip wajah pelakon drama Lie to Me itu sedang tidur di samping seorang wanita.

Gambar tersebut dipercayai telah dimuat naik oleh wanita yang sama beserta kapsyen,

Foto yang menunjukkan lelaki mirip Kang Ji Hwan tidur bersama wanita sekaligus mencetuskan kontroversi.

“Tidur bersama pelakon Korea Kang Ji Hwan,” tulisnya.

Bagaimanapun, pihak pengurusan pelakon itu segera menafikan perbuatan artisnya.

“Wanita itu adalah isteri daripada pemandu pelancong kami ketika bercuti di Filipina.

“Aksinya itu sekadar main-main saja di samping Kang Ji Hwan yang ketika itu sedang tidur,” bela wakil pengurusan.

Tidak beberapa lama selepas foto tersebut tersebar, wanita yang identitinya dirahsiakan itu tampil memohon maaf.

Dia mengaku foto tersebut disunting malah dia telah memadamkan akaun media sosial miliknya selepas menerima kecaman warganet.

“Maaf foto itu hanya suntingan. Dia adalah idola saya . Sekali lagi saya minta maaf,” tulisnya.

Sementara itu, Kang Ji Hwan telah ditahan polis untuk menjalani siasatan berhubung dakwaan gangguan seksual yang mengaitkan dirinya.

Pelakon berusia 42 tahun yang kini sedang membintangi drama Joseon Survival itu ditahan di rumahnya di Gwangju, pada pukul 10.50 malam tadi. – MHE TV

Iklan