Hanya kerana  anaknya yang berusia dua tahun dikatakan degil, seorang ibu bertindak kejam apabila membunuh anaknya sebelum mengerat, menyumbat dalam beg dan membakarnya.

Perlakuan kejam itu dilakukan seorang ibu muda, Nakira  Griner, 24 dari New Jersey, lapor nbcnewyork.

Mulanya, suspek membuat laporan polis anak lelakinya, Daniel Griner telah diculik pada jam 6.30 petang, Jumaat lalu.

Bagaimanapun siasatan polis kemudiannya membawa kepada penemuan mayat anaknya yang dikerat dan dibakar ditemui dalam beg tangan serta beberapa beg sampah, ditanam di halaman rumah Nakira keesokannya.

Dalam siasatan itu, ibu muda tersebut mengaku telah memukul dengan menampar anaknya sehingga terpelanting jatuh tangga. 

Anaknya yang cedera tidak diberi bantuan sebaliknya dibiarkan sehingga mati sebelum membuat laporan anaknya diculik. – MHE TV

Ruang komen