Instafamous popular yang juga model muslimah, Sharifah Rose, 21, antara wajah baharu yang tampil mewarnai dunia pengacaraan dan lakonan. Kelibatnya juga muncul dalam muzik video ‘Vroom Vroom’ iaitu single baharu Nabila Razali yang dilancarkan semalam.

Bercakap kepada MHE TV, Sharifah Rose atau nama sebenarnya Sharifah Rose Sabrina Syed Mohd Mazfira bersyukur kerana industri hiburan tanah air dilihat semakin terbuka menerima kehadiran bakat baharu terutamanya dalam kalangan personaliti media sosial.

Menurutnya lagi, selain sibuk dengan aktiviti modeling, tawaran yang diterima dalam bidang pengacaraan dan lakonan juga semakin memberangsangkan.

Sharifah Rose (dua dari kanan) bersama Ara Johari dan Nia Atasha yang turut berlakon dalam muzik video ‘Vroom Vroom’ nyanyian Nabila Razali.

Malah lakonannya dalam muzik video Nabila turut menjadi perhatian warganet. Sebelum ini Sharifah Rose pernah berlakon dalam drama ‘Miss Match’ bersama pelakon berbibir seksi ,Kilafairy.

“Sewaktu ditawarkan untuk berlakon dalam muzik video single terbaharu Nabila, saya terima dengan hati terbuka.

“Pengalaman menjalani penggambaran MV tersebut juga sangat menyeronokkan kerana kami sudah saling mengenali.

“Tambahan pula, semua pihak yang terlibat dalam MV itu memberi kerjasama yang amat baik dan cukup sporting,” ujar Sharifah Rose yang baru sahaja tamat pengajian asasi undang-undang di UiTM kampus Dengkil.

Hijabi cantik ini juga bakal muncul dalam satu lagi muzik video seorang penyanyi popular yang bakal dilancarkan tidak lama lagi. – MHE TV

Iklan