Ahli perniagaan tudung, Mawar Abdul Karim diserang warganet gara-gara memuat naik gambar dirinya sedang berseronok bersama anak, Wan Maryam di sebuah pusat membeli-belah malam tadi.

Rata-rata warganet mempertikaikan tindakannya yang seolah-olah langsung tidak menghiraukan status dirinya yang sedang dalam tempoh edah selepas bercerai dengan pelakon Fizo Omar enam hari lalu.

Gambar yang dimuat naik dalam Instagram Mawar ini mengundang reaksi yang pelbagai dalam kalangan warganet.

Walaupun sekadar mahu menggembirakan anak, Mawar sepatutnya arif tentang batas hukum yang perlu dipatuhi sepanjang dalam tempoh tersebut. Tindakannya itu sebenarnya mengundang fitnah.

Atas sebab itu, Mawar kemudiannya ‘diserang’ warganet yang merasakan dia tidak wajar untuk berkongsi kegembiraan itu kepada pengguna sosial media.

“Di rumah pun boleh membahagiakan anak. Tidak perlu sampai keluar rumah”.

“Dalam tempoh edah kan, jadi beringatlah,” antara komen pedas warganet yang dilemparkan dalam ruangan Instagram Mawar.

Antara komen pedas netizen apabila Mawar dilihat seronok bersama anaknya di luar.

Mawar berkahwin dengan Fizo pada 2013 sebelum mengambil keputusan untuk berpisah pada 10 Julai lalu. Perkahwinan pasangan itu menjadi perbualan selepas Fizo dikatakan menyambut Aidilfitri secara berasingan.

Hak penjagaan Wan Maryam yang kini berusia dua bulan diberikan kepada Mawar. – MHE TV

Iklan