Penyanyi Sarah Suhairi tidak berasa tertekan walaupun belum menetapkan tempoh waktu untuk menyambung pengajiannya.

Malah, kata penyanyi lagu Pedih itu, keluarganya juga tidak terlalu mendesak meskipun sudah dua tahun dia meninggalkan alam pembelajaran.

“Saya rasa nak tunggu stabil dulu. Kalau nama saya dah kukuh dalam industri dan lagu baharu pun keluar sekali setahun, insya-Allah saya sambung pelajaran.

“Tapi jujurnya, saya lebih suka fokus kepada satu perkara. Saya tidak mahu buat dua kerja dalam satu masa.

“Kebimbangan saya bila tak mampu nak memberi tumpuan kepada dua perkara ini yang akhirnya memberi kesan buruk kepada saya pula.

“Ayah pun tidak terlalu memaksa. Dia kata kalau saya dah bersedia untuk menyambung pelajaran, dia akan sokong.

“Cuma, buat masa sekarang ini, belum ada perancangan lagi nak ke arah itu (sambung pelajaran),” katanya. – MHE TV

Iklan