Syot layar yang dimuat naik Zetty menerusi laman Instagram miliknya.

Bintang realiti program Mentor Milenia 2016, Zetty Rashid, 26, menerusi laman Instagram miliknya mendedahkan telah menerima sekeping foto didakwa memaparkan aksi intim kekasihnya, Nemo yang juga vokalis Cherpen Band dengan seorang wanita.

Berdasarkan perkongsian dimuat naik oleh Zetty atau Nur Izzati Mohd. Rashid, dia menerima mesej daripada kenalannya yang secara tiba-tiba menghantar sekeping foto memperlihatkan seolah-olah Nemo sedang bercumbu dengan seorang gadis.

“Dia berbuat demikian kononnya seakan-akan mahu mengambil berat tentang saya tetapi hakikatnya sikapnya salin tak tumpah seperti makcik bawang.

“Sedangkan dia tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku dan tindakannya itu disengajakan kerana mahu merosakkan hubungan kami.

Zetty sebelum ini pernah menyertai Mentor Milenia 2016.

“Membuatkan saya bertambah geram, dia bukanlah kenalan rapat saya pun tetapi kenapa nak sibuk hal dalam kain orang sedangkan tak tahu sahih ataupun tidak?” tempelak Zetty melepaskan geram.

Menurut Zetty yang merupakan protege kepada Lan Typewriter itu, dia sudah sedia maklum mengenai foto tersebut sejak beberapa hari lalu menerusi rakan baiknya.

“Ya, memang ada berlaku salah faham antara saya dan Nemo, namun sudah diselesaikan secara baik,” jelasnya yang menjalin hubungan dengan Nemo atau Nasrulhaq Shahdan, 28, kira-kira setahun lalu. – MHE TV

Ruang komen
  (VIDEO) Dituduh curang dek bercium dengan gadis lain, ini jawapan vokalis Cherpen Band
Iklan