Sokongan yang diberikan oleh masyarakat Cina terhadap pembangunan negara sentiasa dihargai oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH), jelas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Ini jelas terbukti dalam pembentangan Belanjawan 2019 pada Jumaat lepas di mana sebanyak RM50 juta diperuntukkan untuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), RM15 juta untuk Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) dan RM12 juta untuk Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC), jelas Wan Azizah seperti dilaporkan Bernama.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada masyarakat Cina yang telah mengundi Pakatan Harapan pada pilihan raya umum lepas dan telah memenangkan Pakatan Harapan,” katanya pada majlis makan malam sambutan ulang tahun ke-95 Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (DPCKLS) di Bangunan DPCKLS yang berstatus Warisan Kebangsaan semalam.

Walaupun begitu, kerajaan memberi jaminan bahawa kepentingan semua kaum lain di negara ini tetap diambil kira.

Dalam pada itu, Wan Azizah berharap jalinan persahabatan di antara kerajaan dengan DPCKLS akan terus diperkukuhkan. – MHE TV.

Sumber gambar: Utusan.

Iklan