Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menegaskan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak mengabaikan negeri-negeri Pantai Timur biarpun diperintah oleh pembangkang.

Menurutnya, pembangunan di ketiga-tiga negeri tersebut berjalan dengan baik berdasarkan taklimat yang diberikan oleh Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER).

“Saya baru diberi taklimat oleh ECER, memang bagus saya kira Menteri Besar Kelantan, Terengganu dan Pahang me¬nunjukkan tahap yang lebih baik, tidak ada apa-apa untuk abaikan Kelantan,” katanya seperti dilaporkan Utusan.

Beliau berkata demikian bagi menjawab kenyataan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan pembentangan Belanjawan 2019 tidak seimbang dari segi pembangunan terutama membabitkan negeri-negeri di wilayah Pantai Timur.

Tuan Ibrahim dilaporkan berkata, hal demikian ini kerana hampir tidak ada satu pengumuman dibuat menyentuh agenda besar di negeri-negeri Pantai Timur.

– MHE TV

Iklan