Nama pelakon Azhan Rani semakin menjadi bualan apabila karakter antogonis yang dibawa menerusi drama siri Nur 2 begitu meninggalkan kesan kepada penonton.

Kejahatan yang dibawa dalam watak Ustaz Hamadi benar-benar membuatkan penonton membenci pemenang kategori Antagonis Pilihan pada Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2019 yang lalu.

Menurut Azhan, dia sudah menjangka kecaman yang akan berlaku pada dirinya dan kini ada pula yang mengugut untuk membunuhnya kerana terlalu benci pada watak Hamadi itu.

“Segala kecaman telah dijangka, kerana sejak musim pertama perkara itu sudah berlaku.

“Untuk kali ini watak Ustaz Hamadi diberi agak berlebihan oleh pengarah hingga membuatkan penonton benar-benar membenci.

“Ada penonton yang mesej, mahu membunuh saya. Tapi saya tahu dia bukan tujukan kepada diri saya yang sebenar.

“Ia juga sebenarnya menunjukkan watak yang saya bawakan berkesan kepada penonton,”jelas Azhan. -MHE TV

Ruang komen
Iklan