Kalau ditanya siapakah pengacara lelaki paling hot sekarang di Malaysia, jawapannya tentu sekali ramai yang memilih nama Alif Satar.

Alif, 29, bukan sahaja hebat di pentas pengacaraan malah bakat nyanyian dan lakonannya juga tidak perlu dipertikaikan. 

Bapa kepada dua puteri ini juga bersih daripada segala bentuk kontroversi sejak hari pertama dia melangkah kaki ke dunia seni lebih sedekad lalu.

Antara pencapaian membanggakan Alif Satar ialah sewaktu menerima anugerah Artis Versatil Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-31.

Personaliti, sikap dan disiplin penyanyi lagu Sesungguhnya Aku ini juga disifatkan netizen sebagai sangat menyenangkan sehinggakan apa sahaja tentang Alif akan mendapat perhatian ramai. 

Alif sewaktu dijemput bertemu dengan Imam Masjid Wilayah baru-baru ini.

Selain fotonya sewaktu menunaikan solat Jumaat yang tular sehingga dipanggil bertemu Imam Masjid Wilayah baru-baru ini, Alif sekali lagi mencuri perhatian netizen apabila berkongsi sekeping gambar throwback 13 tahun dahulu dalam Instagram miliknya.

Beserta kapsyen “Masa ni minat Tomok tu yang rambut sepesen” membuatkan peminat dan rakan artis tak putus-putus meninggalkan komen mencuit hati kerana terhibur melihat gaya Alif pada masa itu.

Gaya rambut belah tengah Alif sewaktu berusia 16 tahun mencuit hati netizen.

Fesyen rambut Alif sewaktu menyertai rancangan realiti TV, One in a Million musim pertama sewaktu beliau berusia 16 tahun itu diinspirasikan daripada Tomok yang cukup popular satu ketika dahulu dengan gaya rambut belah tengah. 

Sememangnya gambar-gambar lama meninggalkan kenangan cukup bermakna. Namun yang pasti, transformasi Alif dari dulu hingga sekarang menjadi inspirasi ramai sekali gus membuatkan hot daddy ini antara selebriti lelaki paling popular di Malaysia. – MHE TV 

Iklan