Pukul 4.20 pagi kalau di tempat lain mungkin rata-rata daripada kita masih berselimut atau lena diulik mimpi.

Tapi berbeza pula di stesen kereta api Kuala Gris, Kuala Krai, Kelantan. Pada waktu ini, lokasi ini sudah pun dipenuhi oleh para pekerja dan pelajar sekolah untuk menaiki kereta api pertama yang terkenal dengan jolokan nama ‘Ghost Train’.

Menurut perkongsian seorang pengguna Facebook, Mat Hassan, ia merupakan kereta api Kelantan Shuttle yang berlepas dari Stesen Kereta Api Tumpat pada jam 4:20 pagi.

Pengangkutan ini dipanggil ‘Ghost Train’ kerana ia muncul di balik kabus tebal pagi di Kuala Gris seolah-olah seperti sebuah kereta api hantu.

Tulis beliau lagi, Kuala Krai boleh dikatakan antara kawasan paling sejuk di Semenanjung Malaysia selain di Cameron Highlands sewaktu Tiupan Angin Sejuk dari Tanah Besar China Februari lalu.

Jadi suasana yang berkabus bukanlah asing di daerah Kuala Krai ini.

Nak tahu lebih lanjut, ikuti perkongsian daripada Mat Hassan di bawah. -MHE TV

Sumber gambar: Facebook Mat Hassan

Iklan