Pengacara popular Datuk Aznil Haji Nawawi bertindak membuat laporan polis selepas ada pihak tidak bertanggungjawab menggunakan namanya tanpa kebenaran.

Menurut perkongsian video yang dikongsi, Aznil atau mesra disapa Pak Nil memberitahu pihak tersebut menawarkan cabutan bertuah berupa barangan elektrik dan hadiah tersebut akan disampaikan olehnya pada 31 Ogos ini.

Penipuan tersebut berlaku di Summer Mall, Kuching, Sarawak. Pak Nik sendiri telah membuat laporan polis di Balai Polis Kota Samarahan hari ini.

“Kebetulan pada 31 Ogos saya berada di Kuching. Jadi saya tidak mahu orang ramai percaya dengan penipuan tersebut.

“Saya harap orang ramai lebih berhati-hati,” ujar Pak Nil pada satu video dalam Instagram miliknya. – MHE TV

Iklan