Turut berkongsi kesedihan dengan kemangkatan Almarhum Paduka Sultan Hj Ahmad Shah, penyanyi legenda Datuk Khadijah Ibrahim melahirkan rasa ralat kerana tidak dapat menziarahi baginda pada saat sedang gering.

Memahami protokol pihak Istana, dia terpaksa akur dan berasa kehilangan ketua yang berjiwa rakyat.

“Kita tahu Tuanku sedang sakit ketika itu tetapi tidak dapat melawat. Pada kebiasaan orang yang tak berapa sihat, saya tetap ada niat untuk menziarahi.

“Tetapi saya memahami kerana dia adalah Sultan, maka saya rakyat biasa ini harus akur dengan protokol .

“Saya rasa sugul dan hilang seorang ketua yang banyak memartabatkan insan seni seperti kami.

“Seringkali Alhmarhum menjemput saya untuk membuat persembahan dan tidak pernah pun saya terlepas untuk menjayakannya.

“Kemangkatannya dalam bulan yang baik dan hari yang baik,” katanya. – MHE TV

Iklan