Menjadi pengacara bagi program yang disiarkan secara langsung, bukanlah satu perkara yang mudah.

Segala apa yang berlaku termasuklah kesilapan mahupun keterlanjuran mengucapkan sesuatu yang kurang disenangi, dapat disaksikan secara terus oleh penonton.

Dan inilah yang berlaku kepada Khai Bahar, yang menggantikan tempat Neelofa sebagai pengacara dalam rancangan Meletop.

Menerusi video yang dimuat naik seorang pengguna Twitter, Luqman memperlihatkan
situasi yang berlaku ketika wawancara bersama peserta-peserta Big Stage musim kedua.

Wawancara yang melibatkan peserta Big Stage termasuklah dari Korea Selatan iaitu Jang Hanbyul, Khai dikatakan melakukan suatu perkara yang dianggap rasis.

Khai dilihat hanya memanggil Hanbyul dengan panggilan ‘Si Korea’ dan sepanjang masa bercakap bahasa Melayu.

Hanbyul, antara peserta dari Korea Selatan yang menyertai program realiti tersebut.

Keadaan ini membuatkan Hanbyul kelihatan keliru dan hanya mampu membalas dengan bahasa badan.

Netizen yang melihat sedutan video ini berasa bengang kerana menganggap hos rancangan seharusnya belajar dahulu mengenai artis jemputan dan menghormati mereka supaya berasa selesa sepanjang wawancara itu berlaku.

Antara komen-komen yang mengecam cara pengacaraan Khai

Netizen juga tertanya-tanya kenapa mereka tidak menggunakan bahasa Inggeris sahaja ketika berkomunikasi bersama Hanbyul.

Jason Jang Hanby, merupakan bekas vokalis kumpulan LEDApple.

Walaupun kumpulan LEADapple sudah dibubarkan sejak tahun 2016, namun pemuda yang dilahirkan di Brisbane, Australia ini masih aktif bermain muzik.

Tapi, ada juga yang menyebelahi Khai dan berkata, mungkin dia gemuruh sebab pertama kali menjadi pengacara.

Musim kedua Big Stage yang bakal bermula pada 18 Ogos ini, menyaksikan peserta dari negara serantau iaitu Brunei, Indonesia, Thailand, dan Korea Selatan. -MHE TV

Iklan