Seawal kemunculannya , pemilik nama sebenar Ummu Shaikhah Stacy Anam ini berjaya mewarnai industri muzik tanah air sehingga diberi jolokan Ratu Tari Malaysia.

Kali terakhir muncul dengan single ‘Raja’ pada tahun lepas, kali ini bintang berusia 29 tahun ini kembali dengan karya terbarunya, Khayal.

Lagu bergenre pop EDM ini merupakan hasil ciptaan bersama Hang Nadim, Bunga Cantik dan Ziin.

Mengulas tentang kelainan kali ini, Stacy berkata, lagu ini tetap membawakan kelainan dari sudut susunan muzik yang disuntik elemen ‘trap music’ dan alunan melodi ‘EDM synth’ memberikan bunyi unik kepada lagu.

Buah tangan terbaharu daripada Stacy menceritakan tentang betapa sakitnya menghadapi dunia realiti

“Malah persembahan vokal saya lebih memberikan penekanan kepada ‘feel’ feminin dan beremosi,” katanya.

Seni kata Khayal merupakan hasil tulisan Stacy sendiri yang berkarya di bawah nama pena Bunga Cantik.

Lirik yang mengambil inspirasi daripada kisah diri Stacy sendiri yang gemar berkhayal dengan kisah fantasi di kala waktu dirinya sukar melelapkan mata pada waktu malam.

“Lagu ini sebenarnya saya menceritakan tentang betapa sakitnya menghadapi dunia realiti.

“Bila kita tertekan, marah, kecewa dan sedih, kalau boleh kita nak lari dari segala masalah.

Stacy gemar berkhayal dengan kisah fantasi di kala waktu dirinya sukar melelapkan mata pada waktu malam

“Saya rasa semua orang pun pernah mengalami perkara yang sama, semua orang pun pernah berkhayal atau mencipta kisah fantasi di benak fikiran masing-masing sebagai ‘escapism’ untuk melupakan sebentar realiti sebenar kehidupan,” jelasnya.

Buah tangan terbaru Stacy ini dilancarkan sepenuhnya di semua pelantar muzik digital seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBox, Deezerdan juga iTunes bermula hari ini. -MHE TV

Iklan