Persoalan sama ada pelakon, Liyana Jasmay masih berhijab atau tidak kekal menjadi teka-teki. Sementelah, Liyana juga enggan memberi sebarang komen berhubung isu tersebut.

Biarpun pihak media khususnya cuba untuk mendapatkan kenyataan pelakon itu semalam, dia hanya berkata “Don’t ask me silly questions’ sambil berlalu pergi.

Namun, dalam ruangan komen di Instagram Liyana, rakan baiknya yang juga pelakon, Lisa Surihani sempat ‘membantai’ netizen yang terus menerus menghentam Liyana.

“Kita terlalu merisaukan dosa orang lain dari dosa kita sendiri. Bila kita nampak orang lain buat benda yang mungkin kita kurang setuju, patut kita ambil sebagai iktibar.

“Doakan yang baik-baik untuk orang lain. Walau atas dasar menasihati sesama orang Islam, yang lebih nampak di sini, sindiran dan perli,” komen Lisa.

Namun, komen tersebut turut mendapat kecaman daripada netizen yang mengharapkan agar Lisa menasihati kawannya supaya kekal istiqamah dalam memakai tudung.

“Anda ada bagi nasihat kat dia tak? Kalau ada bagus. Percakapan selari dengan tindakan,” kata salah seorang netizen.

Apa-apa pun, sebagai manusia tidak perlulah kita terus menghukum dan mengecam dengan kata-kata kesat yang boleh melukakan hati orang lain.

Nasihatlah dengan kata-kata baik tanpa diselitkan niat untuk menyindir dan menghentam. – MHE TV

Iklan