Konsert Minggu Ini yang menampilkan tiga penyanyi hebat iaitu Ziana Zain, Ella dan Siti Nordiana di TV2 pada malam minggu lalu masih diperkatakan warganet hingga ke hari ini.

Gabungan ketiga-tiga penyanyi tersebut merupakan pilihan tepat dan persembahan mereka ketka menyampaikan himpunan lagu-lagu malar segar meninggalkan kesan buat penonton.

Malah, segenap ruangan sudut dalam Auditorium Perdana, Angkasapuri dipenuhi lautan manusia.

Peminat tidak mahu ketinggalan menyaksikan gabungan tiga penyanyi hebat ini dalam Konsert Minggu Ini, Sabtu lalu.

Peminat memenuhi di setiap ruangan Auditorium Perdana, Angkasapuri.

Disebabkan jumlah penonton yang terlalu ramai dan sesak dalam auditorium hingga tidak dapat dikawal, pihak penerbitan kemudiannya membuka layar di bahagian belakang pentas.

Sokongan padu yang ditunjukkan peminat untuk persembahan konsert itu turut menarik perhatian penyanyi Zarul Umbrella yang meluahkan pandangannya dalam Twitter tidak lama kemudian.

“Orang Malaysia tengah hauskan hiburan seperti Konsert Minggu Ini. Stesen sebelah banyak buat show (program) lawak.

Luahan Zarul Umbrella berhubung sokongan peminat untuk penyanyi tempatan

“Apapun sokongan daripada peminat sebegini diperlukan artis-artis kita untuk terus survive, harap diteruskan.

“Teringat masa buat Hiburan Minggu Ini di RTM bersama Umbrella,” tulis Zarul seperti dipetik dalam akaun Twitter miliknya.

Segmen Ratu 2.0 merupakan episod terakhir untuk musim pertama Konsert Minggu Ini.

Promosi tentang persembahan ini dibuat lebih awal lagi

Kumpulan Masdo, Budak-Budak Baru Nak Up (Hael Husaini, Haqiem Rusli, Sufian Suhaimi) antara penyanyi yang dijemput untuk menjayakan program berkenaan yang bermula sejak April lalu.

Pandangan pramugara itu kemudiannya menimbulkan tanda tanya segelintir pihak yang mendapat tahu bahawa program bakal ditamatkan penerbitannya atas sebab-sebab tertentu, tidak lama kemudian.

Namun ramai yang berasa ralat sekiranya benar khabar angin tersebut memandangkan momentum tontonan ke atas program tersebut semakin meningkat.

Bagaimanapun, MHE TV akan berusaha mendapatkan penjelasan daripada pihak bertanggungjawab berhubung desas-desus tersebut.- MHE TV

Iklan