Rasanya semua sedia maklum, kumpulan yang cukup popular dengan lagu No Matter What dan Love Me For A Reason, Boyzone bakal menggegarkan Stadium Malawati Jumaat ini.

Dijangka lebih 5,000 peminat akan hadir kerana lebih 80 peratus tiket sudah dijual!

Apatah lagi, ini merupakan konsert terakhir setelah mereka sepakat untuk membubarkan kumpulan yang ditubuhkan sejak 1993 itu lagi.

Jadi, ini peluang terakhir untuk peminat mendengar mereka menyanyi secara langsung.

Konsert Thank You and Goodnight, Farewell Tour yang bakal membariskan ahli kumpulan asal Boyzone, Ronan Keating, Shane Lynch, Keith Duffy dan Mikey Graham akan memukau peminat dengan adunan lagu popular sepanjang karier nyanyian mereka.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan penganjur, Wowstar Creative Entertainment, menjayakan konsert terakhir Boyzone merupakan satu penghormatan dan penghargaan untuk semua peminat-peminat kumpulan legenda Ireland.

Jadi MHE TV menyenaraikan tiga tips kepada peminat-peminat Boyzone sebelum ke konsert mereka!

1. Beli tiket awal okay!

Selalunya bila sebuah konsert melibatkan nama besar, pasti akan ada kumpulan peminat yang ‘bising’ gara-gara tidak dapat membeli tiket. Apatah lagi bila konsert penyanyi yang cukup berpengaruh. Jadi apa kata anda cepat-cepat beli tiket sebelum kehabisan. Nanti jangan menangis tepi bucu katil tau!

2. Nikmati konsert, jangan jelikkan peminat lain

Kadang-kadang bila pergi konsert ada sahaja segelintir peminat yang konon-konon hafal semua lagu dan dengan sengaja menyanyi sekuat hati tanpa menghiraukan penonton lain. Ada pula yang suka mengambil video atau gambar sehingga mengganggu penglihatan penonton lain.

Apa kata kita sama-sama menghormati dan menikmati konsert itu dengan tenang? Jaga kelakuan okay, jangan hendak syok sendiri!

3. Sampai awal ke stadium

Sudah menjadi kelaziman untuk penonton sampai awal ke lokasi konsert berlangsung. Jadi rancang perjalanan awal-awal kerana bukan 10 orang tapi 5,000 orang tau! Jadi kalau tak mahu bersesak, datang awal! – MHE TV

Iklan