Perbuatan seorang pemuda berusia 20-an mencekik seekor ayam menerusi satu rakaman tular dalam media sosial Sabtu lalu akhirnya memakan diri sendiri.

Nyata, perbuatan kejam pemuda tersebut menerima kecaman orang ramai dan mahukan pihak berkuasa segera menangkap individu terbabit.

Rakaman video 13 saat itu turut memaparkan suspek dan beberapa individu lain dipercayai rakan-rakannya ketawa sakan sebaik leher ayam berkenaan dicekik tanpa belas kasihan.

Persoalannya, apakah motif pemuda tersebut berbuat demikian?

Selain orang ramai, perbuatan pemuda berkopiah putih ini turut menerima kecaman Persatuan Haiwan Malaysia dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

Memetik laporan sebuah media tempatan, perilaku tidak bermoral itu turut mendapat perhatian Pengarah Perkhidmatan Veterinar Terengganu, Dr. Mohd. Termizi Ghazali.

Susulan itu, pihaknya telah menjalankan siasatan berhubung kes tersebut dan amat memandang serius insiden berkenaan dan sedang mengumpulkan maklumat bagi mengenal pasti identiti pelaku terbabit.

Sementara itu, orang ramai yang mempunyai maklumat pelaku seperti nama, alamat dan nombor telefon boleh disalurkan ke e-mel [email protected]– MHE TV

Iklan