Hiburan Video

Raja Syahiran Korban RM100,000 Demi Satu Lagu

Banyaknya duit Raja Syahiran ni!

Penyanyi muda ini sanggup berhabis RM100 ribu semata-mata untuk menghasilkan lagu baharu, It’s A Trap.  Ini baru betul namanya berkorban apa saja demi minat.

Single keduanya ini dihasilkan sendiri bersama  komposer, Shazlee. Raja Syahiran, 25, turut  bertanggungjawab dalam mengarahkan video muzik lagu tersebut.

“Saya seorang yang amat mementingkan kualiti dan seni. Jadi saya rasa tidak terkilan untuk melaburkan duit sendiri dalam penghasilan lagu ini. Namun jumlah tersebut juga tersebut dari penajaan pakaian dan sebagainya.

“Kebanyakan video muzik lagu tempatan lebih mengetengahkan lagu dan penyanyi tanpa menghiraukan tentang aspek seni lain seperti visual, kamera, seni persembahan dan suntingan. Jadi saya mahu serlahkan bakat orang yang bekerja di belakang tabir.

“Biarpun terpaksa menggunakan wang simpanan sendiri, namun saya berpuas hati dengan hasilnya. Apa lagi ketika mendapat komen dari penonton di Youtube yang bercakap soal kualiti video. Itu yang saya mahukan,” ujarnya.

Penyanyi yang pernah tampil dengan lagu If I Could Go Back sebelum ini menganggap lagu keduanya adalah satu pelaburan selepas melakukan eksperiman pada lagu terdahulu.

Dia juga menyerahkan sepenuhnya kepada penonton samada untuk menerima secara baik produk tersebut atau tidak.

“Saya dah  buat yang terbaik. Apa sahaja pandangan penonton, itu adalah hak mereka. Jika penonton kita tidak dapat menerima konsep yang saya sampaikan, maka itu bukan rezeki saya.

“Pelaburan ini bukanlah untuk mendapat pulangan dalam masa terdekat. Apa yang penting saya sudah tampilkan kelainan untuk meningkatkan lagi industri muzik tempatan,” ujar Syahiran. – MHETV

Iklan
Ruang komen