Pegawai atasan polis di seluruh negara diingatkan agar tidak mengumpul dana bagi membiayai majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Itu ulangan mesej amaran keras oleh Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador kepada pegawai atasan, termasuk Ketua Polis Daerah (KPD) yang mengerah anak-anak buah untuk mengumpul dana dengan cara yang hina, kononnya untuk membiayai majlis sambutan perayaan.

“Lebih menjengkelkan, ada yang mendakwa bahawa kutipan berkenaan adalah untuk dipanjangkan kepada golongan asnaf,” dedah Abdul Hamid lagi.

Dalam pada itu, beliau turut memberi amaran supaya perbuatan keji dan terkutuk seumpamanya ini dihentikan serta merta.

Jika tidak, tindakan keras akan dikenakan terhadap mana-mana pegawai polis yang terlibat.

“Jangan gadai maruah diri serta pasukan dan tidak segan silu bergelumang dengan najis rasuah dan salah guna kuasa,” tegasnya.- MHE TV

Sumber gambar: Utusan

Iklan