Trending Tular Video

[VIDEO] Kuarters KTMB Bangsar terbakar

Setakat berita ini ditulis, tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku dalam insiden kebakaran melibatkan 10 unit rumah di Rumah Panjang di Kuarters KTMB Jalan Lengkok Abdullah Bangsar Kuala Lumpur pagi ini.

Itu kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat, hasil pemeriksaan lanjut selepas kebakaran berjaya dipadamkan.

Menurut Pegawai Bomba Kanan II, Ramli Mohammad, Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan pada jam 10.03 pagi dan seterusnya menggerakkan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pantai, BBP Hang Tuah, BBP Taman Tun, BBP Sentul dan BBP Seputeh.

“Keluasan kebakaran 100 meter persegi dan dianggarkan 10 unit rumah terbakar daripada 15 unit rumah. Kebakaran itu juga telah merebak ke flat bersebelahan iaitu Flat Sri Pahang di tingkat 7 dan telah berjaya dipadamkan.- MHE TV

 

Ruang komen